Thursday, September 2, 2010

MERBAHAYA ATAU BERBAHAYA ?

Kita sering melihat dalam pelbagai media massa berkaitan dengan penggunaan kata 'merbahaya'. Sebenarnya, tiada wujud kosa kata 'merbahaya' dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah kerana imbuhan 'mer-' tiada dalam Bahasa Malaysia.

Justeru, perkataan yang tepat ialah 'berbahaya'. Ini adalah kerana imbuhan 'ber -' wujud dalam Bahasa Malaysia. Oleh itu, peka akan persekitaran kalian bagi memartabatkan penggunaan bahasa Melayu yang tepat !

Contoh ayat :

Kawasan setinggan itu merbahaya kerana kadar jenayahnya tinggi. ( X )
Kawasan setinggan itu berbahaya kerana kadar jenayahnya tinggi. ( / )

Sunday, August 23, 2009

KATA SENDI "OLEH"

Penggunaan frasa "oleh kerana" kurang tepat.

Alasannya : Kita cuma boleh menggunakan kata nama selepas kata sendi "oleh".
Kita tidak boleh menggabungkan kata sendi dengan kata hubung.
"kerana" merupakan kata hubung, bukannya kata nama.

Konklusi : "Oleh sebab" ialah jawapan yang tepat kerana "sebab" merupakan kata nama.

Contoh ayat:
Oleh sebab demam, Mariana tidak hadir ke sekolah selama tiga hari.

Monday, July 13, 2009

FONEM

FONEM bermaksud bunyi bahasa yang menunjukkan perbezaan erti. Contohnya, fonem [b] dan [l] membezakan erti bayang dengan layang.

Contoh-contoh yang lain adalah seperti berikut :-
/tabah/ - /tapah/
/baru/ - /balu/
/tekak/ - /tegak/

Terdapat enam fonem vokal dalam bahasa Melayu, iaitu /a/, /e/, / /, /i/, /o/ dan /u/.

Monday, June 29, 2009

FONETIK ERAT

Merujuk Kamus Dewan edisi terkini, sebutan untuk "erat" berpandukan bunyi e pepet, bukannya e taling. Justeru, bunyi sebutan "mengerat objek" dengan "mengeratkan hubungan" adalah sama.

Sila rujuk Kamus Dewan halaman 399...

Thursday, May 28, 2009

SEGMEN BETUL TU...SALAH TU...!

1. anti dadah (x) antidadah (/)

2. anti Israel (x) anti-Israel (/)

3. back-drop (x) layar pentas (/)

4. bowling (x) boling (/)

5. check-in (x) daftar masuk (/)

6. check-out (x) daftar keluar (/)

7. efisyen (x) efisien (/)

8. emel (x) e-mel (/)

9. fax (x) faks (/)

Saturday, May 23, 2009

SEGMEN AYAT GRAMATIS

1. Sudah hampir satu setengah jam Kamal berbasikal di kampung itu. (X)
Sudah hampir satu jam setengah Kamal berbasikal di kampung itu. (/)

2. Di waktu lapang, Salmi gemar membaca novel sambil mendengar muzik. (X)
Pada waktu lapang, Salmi gemar membaca novel sambil mendengar muzik. (/)

3. Di antara makanan kegemarannya ialah sate, nasi ayam dan kuetiau goreng. (X)
Antara makanan kegemarannya ialah sate, nasi ayam dan kuetiau goreng. (/)

4. Murid-murid Tahun Enam Eksel bijak-bijak belaka. (X)
Murid Tahun Enam Eksel bijak-bijak belaka. (/)

5. Sultan Kedah menganugerahkan ayah sebutir pingat pada minggu lepas. (X)
Sultan Kedah menganugerahi ayah sebutir pingat pada minggu lepas. (/)

SEGMEN EJAAN TERKINI

1. kobis (X) kubis (/)

2. satay (X) sate (/)

3. analisa (X) analisis (/)

4. kuetiaw (X) kuetiau (/)

5. catit (X) catat (/)

6. aturcara (X) atur cara (/)

7. definasi (X) definisi (/)

8. keretapi (X) kereta api (/)

9. urusetia (X) urus setia (/)