Thursday, September 2, 2010

MERBAHAYA ATAU BERBAHAYA ?

Kita sering melihat dalam pelbagai media massa berkaitan dengan penggunaan kata 'merbahaya'. Sebenarnya, tiada wujud kosa kata 'merbahaya' dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah kerana imbuhan 'mer-' tiada dalam Bahasa Malaysia.

Justeru, perkataan yang tepat ialah 'berbahaya'. Ini adalah kerana imbuhan 'ber -' wujud dalam Bahasa Malaysia. Oleh itu, peka akan persekitaran kalian bagi memartabatkan penggunaan bahasa Melayu yang tepat !

Contoh ayat :

Kawasan setinggan itu merbahaya kerana kadar jenayahnya tinggi. ( X )
Kawasan setinggan itu berbahaya kerana kadar jenayahnya tinggi. ( / )

2 comments:

  1. perkataan merbahaya sebenarnya ada dalam bahasa melayu. Merbahaya berasal daripada perkataan bahasa Melayu Kuno marabahaya(mara+bahaya). Kemudian perubahan zaman dan perubahan penutur berlakunya pembentukan kata dari segi ejaan dan sebutan. Contoh perubahan:
    marabahaya - marbahaya - berbahaya

    ReplyDelete